Menghimpun hasil-hasil penulisan karya penulis-penulis muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Thursday, July 16, 2009

kutil sikit

Salam. Kali pertama menulis di laman ini sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca sekalian. 'Kutil' adalah bahasa klasik Terengganu yang bermaksud; cubit dengan perlahan dengan tujuan memberi ingatan kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tetapi dalam tulisan saya ini, kutil membawa maksud untuk menyindir seseorang dengan tulisan. Harap-harap menjadi le. Bab kata ahli sasterawan, bahasa itu lebih tajam dari kata-kata pedang kalau diolah dengan dengan gaya yang betul.

Sebenarnya untuk mencapai 'darjat' dapat kutil dengan ayat berbisa tu, ianya memerlukan latihan, pengamatan dan yang penting banyak membaca dan try dan error berkali-kali. So, kali ini saya ingin mendedahkan kunci segala ilmu itu adalah dengan memperbanyakkan aktiviti membaca. Contohnya membaca di lamam maya nie. Tahniah kepada yang membuka blog ni.

Sebenarnya berapa kerat sangat pelajar kita yang rajin membaca bahan-bahan bacaan lain selain dari memtelaah buku-buku pelajaran??? Kajian yang telah di jalankan di Malaysia mendapati bahawa rakyat kita hanya membaca satu perenggan sahaja dalam masa satu tahun. Jesteru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program NILAM dengan hasrat supaya rakyatnya rajin membaca. Berjaya atau tidak... anda yang menentukan!! rajin-rajin le membaca supaya anda tidak dikutil oleh saya.

1 comments:

ADMIN said...

cikgu harun, kita patut sediakan satu ruangan pembelajaran dialek-dialek lama bahasa terengganu yang digunakan oleh orang-orang tua zaman dahulu kala..kadangkala saya mendengar sebutan itu diucap oleh ibu saya dan my respon....terlopong..hahaha..

Powered By Blogger