Menghimpun hasil-hasil penulisan karya penulis-penulis muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Saturday, February 13, 2010

sila hayati jika anda sayang ibu anda......

Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan



Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..



oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....




buatmu ibu....
Puisi untuk Ibu sila hayati jika anda sayang ibu anda...... Pernah aku ditegur Katanya untuk kebaikan Pernah aku dimarah Katanya membaiki kelemahan Pernah aku diminta membantu Katanya supaya aku pandai Ibu….. Pernah aku merajuk Katanya aku manja Pernah aku melawan Katanya aku degil Pernah aku menangis Katanya aku lemah Ibu….. Setiap kali aku tersilap Dia hukum aku dengan nasihat Setiap kali aku kecewa Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat Setiap kali aku dalam kesakitan Dia ubati dengan penawar dan semangat Dan Bila aku mencapai kejayaan Dia kata bersyukurlah pada Tuhan Namun….. Tidak pernah aku lihat air mata dukamu Mengalir di pipimu Begitu kuatnya dirimu…. Ibu…. Aku sayang padamu….. Tuhanku…. Aku bermohon padaMu Sejahterakanlah dia Selamanya….. oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....

Thursday, February 11, 2010

Jemputan Ke Rumah Fantasi

Apa itu Rumah Fantasi?
Rumah Fantasi adalah sebuah blog yang menghimpunkan banyak karya-karya penulis yang menggemari genre-genre science fiction, fantasi, supernatural, seram dan sebagainya. Setakat ini penulis-penulis di Rumah Fantasi terdiri dari penulis-penulis muda berusia seawal 14 tahun sehinggalah kepada penulis-penulis lebih senior yang telah menghasilkan pelbagai novel sendiri di pasaran seperti Serunai Faqir, Rose Harissa, Remy Ikmal, Zuliana Abuas, Anita Aruszi dan penulis novel termuda Malaysia, Hasif Hamsyari. Mereka semua mencari kelainan dalam penulisan dengan menghasilkan kisah-kisah yang berbeza antara satu sama lain.
Jika ada di kalangan anda yang berminat untuk menghasilkan karya-karya bergenre seperti di atas, anda dijemput untuk menyertai blog Rumah Fantasi secara ekslusif.Untuk maklumat lanjut sila melawat ke Rumah Fantasi di http://ilhamdanfantasi.blogspot.com/.
dari Cikgu Mazni...

Powered By Blogger