Menghimpun hasil-hasil penulisan karya penulis-penulis muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Sunday, November 15, 2009

Salam perpisahan…



Terima kasih buat semua kerana sudi menjadi kawan yang baik. Walaupun kita sudah tidak berjumpa lagi pada tahun hadapan kamu tetap dalam ingatan. Mohon maaf jika ada buat salah dan silap secara sengaja dan tidak sengaja selama ini. Dan halalkan apa yang terlebih dan terkurang daripada insan yang bernama syafiq ini. Sesungguhnya yang buruk itu dating daripada diri saya dan yang baik pastinya datang daripada Allah swt. Semorga kita sama mendapat kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

Itulah...


Berbahagialah sayang, Jika kau tahu.

Berbagilah sayang, jika kau mampu.

Dan Tertawalah sayang, jika kau lucu.

Karena bahagia,berbagi dan tawamu adalah kebahagiaanku.

Itulah…

Itulah… mengapa…

Itulah.. mengapa… aku..

Terimakasih ya,hanya itu untukmu.

Untukmu,Keluargaku tersayang.


***dipetik dari http://galih.net/

Sunday, September 20, 2009

kembalilah..



sayu dan pilu hati ini
melepaskan dikau pergi
membuat aku menunggu dan menanti
kembalinya dikau dalam setahun lagi

sedu sedan hati ini
membiarkan kau melangkah sepi
kembalilah..
biarpun aku belum pasti menanti
Namun kupohon agar DIA memberi restu
agar kita bertemu lagi Ramadhan...

Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya................................

Selamat hari raya

Raya datang lagi. Mungkin hari raya merupakan hari untuk bersukaria dan hari yang paling mengembirakan kerana pada hari raya semua ahli keluaga dapat berkumpul. Tetapi bagiku pada hari yang mulia ini hanya kesedihan yang melewati di lubuk hatiku. Kesedihanku makin memuncak bila aku melihat orang lain dapat beraya dengan ayah dan ibu. Aku hanya dapat beraya dengan ibuku kerana bapaku telah meninggalkan aku untuk selamanya. Selepas solat raya kami sekeluarga akan menziarahi kubur bapaku yang dikasihi. Walaupun sedih menguasai diri aku redha dengan ketentuan illahi. Aku bersyukur kerana aku masih ada ibu untuk meraikan hari raya bersama. Aku tidak pernah ingat suasana beraya dengan bapa kerana bapaku meninggalkan aku kepada ibuku pada usiaku yang masih kecil. Aku masih belum mengerti apa itu raya. Hanya rakan-rakan yang dapat membuatkan aku lupa seketika kepada kesedihan yang ku rasai. Terima kasih kerana sanggup menjadi sahabatku……..





Salam Aidilfitri diucapkan pada semua……………..
Ampung dan maaf andainya terkasar bahasa,
Tersilap bicara, termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala.
Tersasul yang tidak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Terpekit di telinga,
Terhantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpay bila-bila,
Termacam-macam lagi yang kena mengena……………

Semoga dimaafkan sepanjang perkenalan……………

Tuesday, August 18, 2009

terima kasih , mira

Dalam ulit mimpi yang indah
aku terbang bersama impian yang kabur
cuba mengapai puncak disebalik kabus

Namun... tidak lama
aku dikejutkan oleh suara manja
menyapa dalam sinis, mengutil dalam senyuman
meninggalkan kesan yang amat berbekas
menyedarkan diri sendiri, bahawa itu hanya mimpi
terima kasih...mira

Sunday, August 16, 2009

Pertemuan,Persahabatan,Perpisahan

Pertemuan

Setap pertemuan ada perpisahan,

Setiap perpisahan bermula dengan pertemuan,

Pertemuan amat bermakna untuk setiap pasangan,


Hargailah pertemuan dan hindari perpisahan…



Persahabatan

Persahabatan jauh lebih indah dari
Percintaan,

Cinta seumpama bermain laying-layang,

Andai putus berakhirlah ikatan,

Sahabat bagaikan pantai dan lautan,

Walaupun sering berhempas tetap kekel
Berdampingan….




Perpisahan

kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita,
kemudian dia datangkan pula dengan dugaan,
puas kita menangis mencari mana teman kesayangan
kita,
rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan
yang berpanjangan,,,,,

Tuesday, August 11, 2009

ke mana, di mana

Aku mengintai-intai
di celah-celah kelibat ramai
namun hampa, bayangmu tiada

ku mencari-cari
di penjuru sana
oh...mengapa tiada
bencikah kau pada suara
yang selalu membisikkan sesuatu di telinga.

Tuesday, August 4, 2009

bisikan itu

aku benci.
aku benci..
aku benci... pada suara halus itu
yang membisikan sesuatu di bilik tujuh hatiku
merungkai segala ikatan iman selaput bawangku.
yang menenggelam suara putih melindungi diri.

oh, tuhan...
kiranya ini jalan takdir hidupku
aku pasrah pada ketentuanMu.

Monday, July 27, 2009

panahan matamu

matanya menjeling lagi
penuh manja, tersirat segala goda

matanya melirik lagi
aduh!
bisanya tak tertahan
terpantul getaran sakti di hujung kalbu

malunya aku

Pada cuti persekolahan yang lalu aku terlah diminta oleh ibuku untuk ke pasar. Aku diminta ke pasar kerana ibuku teringin untuk makan satar.

Aku dengan perasaan malas terus ke pasar. Setibanya aku di pasar aku terus menuju ke gerai satar. Aku memesan satar RM5.

Aku meminta tauke kedai supaya mengasingkan satar tersebut kepada tiga bahagian iaitu RM2,RM2, dan RM1. Apabila aku tiba di rumah alangkah terkejutnya aku aapabila mendapati aku membawa balik satar bernilai RM6.

Sekali lagi aku diminta ke pasar untuk membayar balik RM1. aku memberitahu perkara tersebut kepada tauke kedai. Dengan selambanya dia memberitahu bahawa dia sengaja memberi lebih kepada orang yang membeli RM5.

Aku dengan malunya meninggalkan tauke itu tanpa mengucapkan tarima kasih. Sehingga sekarang aku tak boleh melihat orang menjual satar aku akan ketawa kerana teringatkan peristiwa tersebut.

Thursday, July 23, 2009

Casper Hula (part 2)

Berpeluh-peluh mem besar dan anak perempuannya menyantap hidangan nasi panas bersama ayam masak kari, sayur boccoli campur dan udang masak merah yang dimasak oleh Tia. Tia hanya memerhati dari tepi. Sesekali bila Karin menjerit meminta nasi tambah, dia akan berlari ke arah gadis itu lalu menyenduk tiga empat senduk nasi ke pinggan gadis itu. Hatinya mengguman geram. Mangkuk nasi yang satu jengkal tu pun nak suruh aku jugak yang ambilkan. Padanlah si badak ni dah bertambah dua kali saiz asal, semua benda nak orang buatkan. Tia..ambilkan aku air…Tia, ambilkan aku kasut, Tia..ambilkan aku seluar dalam tu! Gumam Tia dengan wajah yang dicebik tanpa sengaja.
“Tia, ambilkan aku air oren lagi.” Suruh Karin. Tia terkulat-kulat. Ha..kan aku dah cakap! Namun dia malas mahu mencari masalah, terus ke arah peti sejuk dan mengeluarkan satu balang jus oren yang dibancuhnya siang tadi.
“Makcik nak jus oren ni?” tanyanya ke arah Halijah yang tak berhenti makan sejak dari tadi. Wanita itu menggelengkan kepala.
“Aku nak air kiwi. Bancuhkan aku air kiwi.” Suruh Halijah pula.
“Err..kiwi dah takde la makcik…dah habis stok kat dalam peti tu. Apakata Tia bancuhkan makcik air tembikai? Okey tak?” Dia membalas.
Kata-katanya disambut jelingan tajam dari Halijah. Wanita itu berhenti makan lalu menatapnya dengan wajah mencuka. Karin yang sedang asyik mengunyah hanya tersengih ke arah anak gadis itu. Habislah kau nanti dengan mak aku! Ejek Karin dalam hati. Sambil memandang Tia dan ibunya silih berganti, tangannya asyik mencapai udang di dalam pinggan di hadapannya. Habis satu..satu dikunyahnya dengan mulut penuh. Lambat makan pasti dia akan berebut dengan ibunya nanti. Dari biar mak habiskan semua, baik aku sapu bersih semuanya senyap-senyap. Can pun ada!
“Kan aku dah cakap kat kamu hari tu suruh beli buah kiwi tu banyak-banyak, simpan dalam peti ais tu. Yang kamu tak pergi beli apasal?” Jerkah Halijah dengan mata yang sengaja dibeliakkan besar-besar.
Tia terdiam. Dia menggaru kepala tidak gatal sambil tersengih memandang wanita bertubuh ramping kecil molek itu. “Memang makcik ada suruh Tia pergi beli..tapi…tapi…” Dia tersekat-sekat mahu memberitahu.
“Hah tapi apa?” Gerutu wanita itu sambil mendengus marah.
“Tapi makcik tak beri pun duit suruh Tia beli..Tia ingatkan makcik nak pergi beli sendiri.” Jawab Tia selamba.
Halijah yang mendengar tercengang.
“Makcik kan tahu Tia mana ada duit nak beli buah kiwi makcik tu. Tia nak beli buku pun tak cukup duit.” Sambung anak gadis itu lagi.
Halijah terdiam. Dia menjeling anak gadis itu dengan wajah jengkel. “Huh aku suruh beli, macam-macam alasan kamu ni Tia. Kalau bab bercakap mengalahkan perdana menteri, ada je alasan kamu.” Rungut Halijah. Dia segera menyeluk saku bajunya dengan tangan kiri. Alamak! Susah pulak nak ambil.
“Tia, kamu seluk poket sebelah kanan aku. Ambil duit sepuluh ringgit buat beli buah kiwi esok.” Suruh Halijah seraya memandang anak gadis itu.
Tia kelihatan ragu-ragu. “Boleh ke makcik?” Tanya Tia.
“Seluk ajelah kalau aku dah suruh tu. Banyak songeh pulak, tapi ambil sepuluh ringgit je. Jangan nak ambil lebih-lebih.” Sambung wanita itu pula. Mahu tak mahu Tia terpaksa menghampiri ibu tirinya. Dia agak takut-takut mahu menyeluk saku seluar wanita itu. Tapi memandangkan jelingan maut Halijah menggetarkan hatinya, dia memaksa diri.
Sesudah dikeluarkan wang kertas RM10, dia segera menayangkan wang kertas itu di hadapan wanita itu. “Tia ambil ya sepuluh ringgit ni ya makcik.” Ujarnya lagi seakan mahukan kepastian dari wanita itu.
Halijah hanya mengangguk dengan mulut muncung. Matanya ditala ke arah pinggan nasinya untuk menyambung makan. Tapi sebaik dia melihat ke arah pinggan-pinggan lauk di hadapannya, Halijah mengucap panjang.
“Masya Allah, habis licin lauk pauk ni kau bedal ya Karin. Langsung tak tinggalkan kat mak. Bertuah punya anak!” Herdik Halijah seraya menjeling anak gadisnya yang bertubuh badak air.
Karin hanya mampu tersengih dengan mulut yang comot dengan kuah gulai. “Dah mak tu yang asyik nak melayan si Tia tu je..tu yang Karin makan dulu.” Jawab Karin beralasan.
Halijah hanya mampu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni gaya kamu makan, siapa nanti yang nak berlakikan kamu ni Karin oii,” rungut Halijah dengan wajah gusar.

Casper Hula (part 1)

Dia sedang tekun membaca di biliknya. Novel-novel yang dipinjam dari perpustakaan negeri tidak menunggu lama untuk dihabiskan. Lantaran dia memang hantu buku dan gila membaca. Itulah istilah yang dipanggil oleh kawan-kawannya yang culas. Tapi bagi teman-temannya yang sekepala, dia dikagumi kerana mampu menghabiskan bacaan tiga biji buku dalam satu hari. Kiranya kalau diletakkan Einstein di sampingnya, belum tentu Einstein akan terpandang sebiji epal yang jatuh dari pokok sehingga mencetuskan teori graviti. Manakan tidak sebelum Einstein melihat epal itu, pasti lelaki bercermin mata besar dan berambut mengerbang itu akan menoleh kagum ke arahnya terlebih dahulu.
Tia…itulah namanya. Of courselah Tia juga nama panggilannya di kolej dan di rumah. Tia adalah singkatan dari Tia Adila yang diberi oleh arwah ibunya yang penyayang. Kata ibunya Tia Adila akan menjadi kesayangan semua orang satu hari nanti. Tapi itu kata ibu yang kini sudah menjadi arwah. Hakikatnya hidupnya tidak seindah seperti yang disangka.
Bedebuk! Bunyi benda jatuh membuatkan Tia berpaling dari bukunya. Dia menjeling pintu biliknya yang terkatup rapat. Macam ku tahu aje siapa yang berdiri kat luar tu, bisik hati kecilnya. Ini mesti muka pompuan poyo tu. Nak apa lagi dia?
Sekali lagi bunyi benda jatuh disulami suara teriakan itu kedengaran. Macam bunyi gajah tergelincir. Bibir Tia menguntum senyuman. Dia ketawa dalam hati. Hehehe…tak sia-sia dia tuangkan minyak kat sekeliling biliknya tu. Minyak urat milik Pak Mat, tukang kebun rumahnya yang disonglap petang tadi memang benar-benar berguna untuk menghalau gajah besar yang menghuni rumahnya. Mengacau hidupnya sejak sepuluh tahun yang lalu.
“Tia!!” jerit suara yang serak basah itu. Bunyinya cukup lantang dan tembus ke dalam biliknya. Dia menutup buku di ribanya lalu bingkas ke arah pintu. Daun pintu diselak.
Melihat wajah comot berambut mengerbang berdiri di hadapannya, Tia tergelak besar. Tiba-tiba sahaja wajah Einstein yang menjengah di wajahnya sebentar tadi dilihatnya hampir menyerupai Karin yang sedang merenung tajam ke arahnya.
“Oh berani kau ketawakan aku ya! Mari sini kau!” Herdik Karin lalu menarik cuping telinga Tia. Tia mengaduh kesakitan namun tak mampu berbuat apa-apa bila Karin menariknya keluar dari biliknya.
“Sakitlah kak…” Rungut Tia sambil mengerutkan dahinya. Namun Karin langsung tidak mempedulikan gadis itu, sebaliknya dia rasa puas dapat menjamah kulit telinga Tia yang dibencinya.
“Tahu sakit? Yang kau buat kat aku, kau ingat tak sakit?” jerkah Karin. Geram benar dia bila berkali-kali dia jatuh bila lalu di hadapan bilik gadis itu. Itu pun atas suruhan ibunya yang tak habis-habis menyuruh dia menggesa Tia menyiapkan makanan malam untuk mereka.
“Kakak yang jatuh sendiri, bila masa Tia tolak?” Tia menjawab meskipun mulutnya mengherot menahan sakit. Pulasan di telinganya semakin kuat bila Karin membeliakkan biji matanya sebaik mendengar kata-katanya. Marah benar gadis bersaiz XXL itu sebaik melihat dia yang suka menjawab. Dah memang mulutnya suka menjawab, nak buat macamana. Bukan dia suruh pun! Alasan nak cover line!
“Sudah! Kau jangan nak songeh. Dah masak belum?”
Tia tercengang. Masak?
“Masak air ke masak maggi?” Dia pura-pura bingung.
“Masak air dengan maggi buat apa? Masak nasi la bodoh! Kau ni sama aje macam mak kau, bodoh tak habis-habis. Mujur dia mati awal, kalau tak ada dua orang bodoh ayah kena tanggung kat rumah ni.” Tempelak Karin dengan wajah menyinga.
Tia tergaman. Kata-kata Karin membuatkan darahnya mula mendidih. Kurang asam punya perempuan! Kalau mak kau tak menggatal dengan ayah aku, belum tentu mak aku meninggal awal!
Tia terasa sebak. Mak! Tia rindu kat mak. Sampai hati mak biarkan Tia kena buli dengan Si Siput Sedut dengan Si Tembam ni!
“Ha yang kau buat muka sedih ni apasal? Dah..dah pergi masak nasi sekarang. Kejap lagi aku dengan mak nak makan.” Suruh Karin dengan wajah garang. Tubuh kecil Tia ditolak ke arah ruang dapur yang hanya berjarak lima kaki dari bilik Tia di bahagian belakang.
Mahu tak mahu Tia terpaksa menurut. Dia segera menanak nasi dan menyiapkan hidangan untuk Queen dan Princessnya yang akan bersantap tak lama lagi. (to be continue...)

Thursday, July 16, 2009

akukah itu!!


satu titik
dua titik
ia gugur lagi
tiada siapa yang peduli

tiga titik
empat titik
menitis sendu tiada siapa yang endah

kemudian ia mengalir perlahan
membasahi pipi gersang
menyekat kalbu dari merintih


sedarkah kau wahai anak
satu titik, dua titik itu dosa
kerana menguris perasaan seorang ibu

Cerita Lucu

KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

SEDARLAH WAHAI INSAN

Setiap detik yang dilalui
Pastikan meninggalkan memori
Memori yang tak bisa digamit kembali
Walau dengan seribu usaha
Justeru itu kau harus berani
mengejar setiap detik waktu
Walau terpaksa menghadapi
berjuta dugaan dan cabaran

insan...bangkitlah dari lenamu
agar kau dapat melihat keluasan dunia
Yang bakal kau harungi dan renangi
Sebagai insan biasa kita tidak lekang
Dari melakukan kesilapan

Oleh itu...belajarlah dari kesilapan
Yang telah kau lakukan
Agar kesilapan yang serupa
Takkan berulang kembali

kutil sikit

Salam. Kali pertama menulis di laman ini sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca sekalian. 'Kutil' adalah bahasa klasik Terengganu yang bermaksud; cubit dengan perlahan dengan tujuan memberi ingatan kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tetapi dalam tulisan saya ini, kutil membawa maksud untuk menyindir seseorang dengan tulisan. Harap-harap menjadi le. Bab kata ahli sasterawan, bahasa itu lebih tajam dari kata-kata pedang kalau diolah dengan dengan gaya yang betul.

Sebenarnya untuk mencapai 'darjat' dapat kutil dengan ayat berbisa tu, ianya memerlukan latihan, pengamatan dan yang penting banyak membaca dan try dan error berkali-kali. So, kali ini saya ingin mendedahkan kunci segala ilmu itu adalah dengan memperbanyakkan aktiviti membaca. Contohnya membaca di lamam maya nie. Tahniah kepada yang membuka blog ni.

Sebenarnya berapa kerat sangat pelajar kita yang rajin membaca bahan-bahan bacaan lain selain dari memtelaah buku-buku pelajaran??? Kajian yang telah di jalankan di Malaysia mendapati bahawa rakyat kita hanya membaca satu perenggan sahaja dalam masa satu tahun. Jesteru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program NILAM dengan hasrat supaya rakyatnya rajin membaca. Berjaya atau tidak... anda yang menentukan!! rajin-rajin le membaca supaya anda tidak dikutil oleh saya.

Monday, July 13, 2009

Kerana Sebatang Pensel

AKU memperlahankan langkah yang mulanya agak laju. Hatiku serta-merta gundah gulana. Langkahku terhenti beberapa meter dari kelas 5 Ground. Lafaz Bismillah aku sebut beberapa kali. Ucapan itu adalah ungkapan keramat untuk mententeramkan hatiku yang resah gelisah. Lagipun ini kali pertama setelah dua tahun aku mengajar semula. Semangatku masih belum pulih sepenuhnya, namun aku cuba bertenang. Berbekalkan sebatang pensel yang ada di genggaman, aku menarik nafas panjang.
Sebaik aku melangkah masuk, kelas yang tadinya hinggar-binggar, mulai senyap. Setiap pasang mata mula tertumpu ke arahku. Aku meletakkan buku rekod mengajar dan beberapa buah buku teks rujukan Sejarah Tingkatan 5 di atas meja. Hanya sebatang pensel itu sahaja yang tidak aku letakkan. Itulah sahaja sumber kekuatan yang masih ada, untukku.
Sejurus, aku menghadap tubuhku ke arah pelajar-pelajar di kelas tersebut seraya tersenyum. “Assalamualaikum kelas. Saya cikgu baru kamu yang akan menggantikan Cikgu Zuliana. Nama saya…..”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mata pelajar-pelajar itu sudah mula bertebar ke setiap arah, bukan pada wajahku lagi. Aku terkedu. Respon pelajar-pelajar di kelas itu benar-benar jauh di luar sangkaanku.
Beberapa jet kertas terbang melayang di atas kepalaku. Aku meluruskan pandangan dengan wajah bingung. Dalam ramai-ramai pelajar di kelas tersebut, aku terpandang senyuman sinis seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan belakang sekali. Mataku bulat memerhatikan ke arahnya.
* * * *
“MEREKA memang macam tu, agaknya sebab diberi muka oleh pihak pengurusan sekolah untuk pilih guru mereka sendiri. Tapi budak-budak tu bijak, cuma kurang hormat pada cikgu-cikgu mereka.” Keluh Nora ketika aku berbual-bual dengannya sewaktu kami menjamu selera di kantin sekolah.
“Apa maksud Kak Nora, mereka pilih guru mereka sendiri?” Aku tertarik mahu mendengar cerita Nora. Pelik mendengar kata-kata wanita berusia 40an itu. Inilah kali pertama aku mendengar perkara seumpama ini.
Nora menarik nafas panjang. “Pelajar-pelajar tu harapan sekolah ni nak dapat 9A. Jadi sebab itu, mereka dapat keistimewaan untuk pilih mana-mana guru yang mereka suka untuk mengajar mereka. Kononnya pihak pengurusan buat begini sebab nak naikkan prestasi SPM tahun ini.”
“Kebanyakan pelajar dalam kelas 5 Ground tu anak orang-orang besar. Yang menjadi tunggak sumber kewangan PIBG sekolah. Sebab tu mereka bebas buat apa saja. Cikgu Zuliana tu kena singkir semata-mata kerana dia pernah mengamuk marahkan salah seorang pelajar di kelas itu yang kurang ajar di dalam kelas.” Cerita Nora lagi.
“Macam tu sekali?” Aku ternganga. Mataku terbeliak.
“Cikgu-cikgu sekarang dah tak macam dulu lagi. Dulu pelajar-pelajar hormat sangat pada guru. Sekarang ini, kita pula yang kena hormatkan pelajar. Ikut sahaja apa kehendak mereka.” Keluh Nora seperti putus asa.
Dia terdiam. Entah kenapa, dia terasa seperti baru sahaja menjejakkan separuh kakinya ke dalam lubang gelap. Besarnya jurang antara guru dan murid di sekolah ini!
“Kau pun hati-hatilah. Silap langkah kau pun akan terima nasib sama macam Cikgu Zuliana.” Nora memandangku dengan wajah simpati. Reaksiku? Aku menggaru kepala tidak gatal. Kebingungan.
“Tapi antara banyak-banyak pelajar kelas tu, kau kena ‘alert’ sikit dengan Koch, Jay dan Nini. Tiga orang ni memang suka menyusahkan cikgu-cikgu sekolah ini.” Nora memberi peringatan sebelum bergegas pergi untuk kelas seterusnya. Kata-kata Nora membuatkan aku terus termangu-mangu, tidak mengerti.
* * * *
HARI ini kelas 5 Ground tidak bising-bising seperti kelmarin. Sebaliknya kesemuanya tunduk dan senyap di meja masing-masing. Aku meletakkan nota sejarah yang aku ambil dari bilik reso tadi ke atas meja, sebelum memandang ke arah pelajar-pelajarku. Daripada 25 orang pelajar, hanya 10 daripadanya pelajar perempuan.
“Semalam kita tak sempat berkenalan. Jadi hari ni kita mulakan semula. Nama saya Cikgu Siti Aminah Binti Aminuddin Bakri. Saya akan mengajar kamu subjek Sejarah. Harap semua orang boleh follow pelajaran ini tanpa ada masalah.” Ujarku dengan baris kata yang tersusun rapi.
“Apa kami nak panggil cikgu?” Salah seorang pelajar yang duduk di tepi tingkap bertanya. Dia tersengih-sengih bagaikan ada sesuatu yang melucukan hatinya.
“Nak panggil saya apa? Hmmm..panggil saja saya Cikgu Siti.” Aku tersenyum. Perkembangan baik! Sekurang-kurangnya ada juga pelajar yang mahu berkomunikasi denganku.
Serentak ketawa pelajar-pelajar itu pecah berderai. Aku tercengang. Kenapa? Apa yang melucukan? Apakah aku tersilap menyebut namaku sebentar tadi? Melihat ketawa yang semakin galak, aku mengerutkan dahi. Tak boleh jadi ni! Pasti ada sesuatu yang melucukan mereka semua.
Perlahan-lahan aku berpaling. Mataku terbeliak apabila terpandang wajah karikaturku yang berkepala besar dan memakai skirt pendek di kanvas white board di hadapan kelas. Di bawah karikatur itu tertulis satu perkataan. Cikgu Minah Buntal!
Buntal? Gemuk sangatkah aku ni? Sempat aku mencongak dan mentafsir penampilan diriku sambil mengetapkan bibir. Aku tidak geram atau marah. Hanya keliru!
“Siapa yang lukis dan tulis semua ni?” Aku memusingkan tubuh lalu menghadap ke arah pelajar-pelajarku. Setiap wajah yang ada di hadapan mataku, aku raut satu persatu.
“Kenapa? Cikgu tak suka dengan panggilan Cikgu Minah Buntal?” Pelajar yang mula-mula menegurku bersuara, menambahkan bahang tawa pelajar-pelajar lain. Aku terkedu memandang pelajar yang asyik tersenyum itu. Mataku segera mengerling ke arah pelan kedudukan pelajar di kelas tersebut. Khairul Idwan@Koch! Begitulah yang tertulis di atas kertas sederhana besar di atas meja guru. Koch?
“Kau kena ‘alert’ sikit dengan Koch, Jay dan Nini. Tiga orang ni memang suka menyusahkan cikgu-cikgu sekolah ini.” Tiba-tiba aku teringat kembali kata-kata Nora sebelumnya. Inikah salah seorang pelajar yang dimaksudkan oleh Nora?
Aku mencari pula nama Jay di dalam pelan kelas. Tak susah aku mencarinya kerana setiap pelajar di kelas tersebut akan meletakkan nama ringkas atau gelaran di belakang nama penuh masing-masing. Beberapa saat kemudian, aku meluruskan pandangan. Mataku memandang ke arah satu kelibat tubuh yang duduk di belakang sekali. Mata pelajar itu tertumpu tepat ke arahku seperti kelmarin. Pelajar yang tersenyum sinis itulah Jay! Jahery Hakimi. Diam dan tidak banyak bercakap seperti teman-temannya yang lain. Hanya senyuman sinis itulah yang menyebabkan aku lemah semangat. Alahai!
Seorang lagi! Nini aka Nur Camelia Abdullah duduk di hadapanku sahaja. Wajah Nini masam mencuka memandang ke arahku sambil asyik membelek buku Biology di hadapannya. Jadi inilah pelajar-pelajar yang dimaksudkan oleh Nora sebelumnya! Pelajar-pelajar yang dikatakan mempunyai impak besar pada kelas dan sering menghuru-harakan hidup guru-guru mereka.
Aku menahan nafas. Cool…jangan beri mereka lihat sebahagian diri kau yang lemah! Hatiku berbisik begitu. Aku memandang ke arah Koch yang masih tersengih-sengih menantikan jawapan.
“Saya lebih senang dipanggil Cikgu Siti. Tapi kalau kamu rasa nak memanggil saya Cikgu Minah Buntal, it is fine with me.” Aku menganggukkan kepalanya. Bersedia menghadapi apa sahaja yang berlaku.
Koch terdiam. Dia mengerling ke arah teman-temannya.
“Well, kalau cikgu suka..kami akan panggil apa yang cikgu suka kami panggil. Panggil apa kelas?” Jerit Koch, ditujukan kepada kawan-kawan sekelasnya.
“Cikgu Minah Buntal!” Seisi kelas menyambutnya. Kelas 5 Ground itu kini riuh rendah dengan bunyi ketawa. Aku hanya mampu tersenyum. Dah aku agak begitu!
“Pleaselah Koch, jangan jadi macam budak-budak.” Nini yang duduk di hadapan tiba-tiba naik marah. Koch terdiam. Yang lain-lain juga ikut diam. Aku menumpukan perhatian ke arah Nini. Wajahnya dingin menatap ke arahku.
“Kami dengar yang cikgu dah dua tahun berhenti mengajar. Apa cikgu rasa cikgu masih pandai mengajar kami subjek ni?” Soal Nini. Suaranya tegas dan bersahaja.
Aku terdiam agak lama. Apa jawapan yang harus aku beri?
“Jika awak perlukan seorang guru, maka saya sudah berdiri di hadapan awak sekarang ni.’ Jawabku. Nini memandangku seperti tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan.
“Saya nak dapat 9A dalam peperiksaan SPM hujung tahun ni.”
“Itulah juga yang saya harapkan dari anak-anak murid saya.” Aku membalas.
“Kalau cikgu tak sebagus Cikgu Zuliana, kami akan…”
“Awak akan pecat saya dari menjadi guru awak?” Aku memintas sebelum sempat Nini menyambung kata-katanya. Seisi kelas terdiam. Setiap pasang mata tertumpu ke arahku.
“Sepanjang saya menjadi pelajar dulu, saya tak pernah ada kuasa untuk memilih dan memecat guru sendiri seperti awak semua. Dan kalau saya diberi peluang kedua untuk menjadi seperti awak semua sekarang ini, saya sendiri tak inginkan semua keistimewaan ni.” Aku menambah.
“Kenapa pula? Begini kan lebih bagus. Kami memilih sendiri guru yang kami rasakan layak mengajar kami. Guru yang kami rasakan mampu membuatkan kami berjaya masuk ke universiti.” Nini kelihatan tidak bersetuju dengan pendapatku. Aku tersenyum kelat.
“Sewaktu saya belajar dulu, saya ada seorang guru Bahasa Melayu yang pelat mahu menyebut beberapa perkataan kerana lidahnya yang pendek. Malah saya memiliki seorang guru Matematik Tambahan yang tidak pernah dapat menjawab soalan-soalan sukar yang kami ajukan. Cikgu Geografi saya pula tidak berapa pandai mengajar menyebabkan kami sering mengantuk di dalam kelas. Cikgu Fizik saya pula tidak pernah dapat membuatkan kami faham semua formula-formula fizik yang digunakan di dalam kelas.
Kesemua mereka ada pelbagai kelemahan, tapi saya dan kawan-kawan saya tidak pernah beranggapan serong terhadap mereka. Malah kami tidak pernah berfikir walau seinci pun untuk menyingkirkan mereka dari menjadi guru kami. Mereka mengajar kami sepanjang tahun dengan sabar dan ikhlas. Hasilnya separuh dari kelas saya memperolehi 9A dan 8A termasuklah saya sendiri. Dan saya percaya berjayanya kami dalam peperiksaan SPM, bukan semata-mata bergantung kepada usaha saya seorang, tapi disebabkan oleh jasa guru-guru saya serta kerana kasih dan hormat kami pada mereka biar siapa pun mereka.” Ujarku panjang lebar.
Kelas 5 Ground sunyi sepi. Terdiam mendengar cerita tentang pengalaman zaman sekolahku yang sudah berbelas tahun aku tinggalkan.
“Cikgu cakap begitu sebab zaman cikgu dah berubah. Zaman kami zaman yang lebih praktikal.” Sampuk satu suara di hujung kelas. Aku menoleh.Jay membalas tatapan mataku dengan selamba.
“Maksudnya, memilih dan menyingkirkan guru yang kamu tak suka itu praktikal?” Aku menyoal Jay, kembali.
“Ya ianya praktikal, sebab kami tak perlu berhadapan dengan guru-guru yang bodoh, membosankan, tak pandai mengajar atau berlidah pendek seperti yang cikgu katakan itu.” Hujah Jay. Aku terdiam. Telingaku berdesing mendengarnya. Anak muda itu lebih pintar orangnya dan lebih ‘kejam’ berbanding kedua-dua rakannya yang lain.
“Mungkin kalau awak semua menggunakan masa yang ada untuk belajar dan bukannya sibuk-sibuk untuk membuat penilaian ke atas guru, luar dan dalam… maka mungkin anda semua takkan perlukan seorang guru lagi untuk berjaya dalam SPM.” Aku membalas hujahan Jay. Agak pedas bunyinya dan cukup membuatkan seisi kelas terpanar. Namun aku puas hati. Sesekali pelajar-pelajar ‘cerdik’ ini perlu diajar.
* * * *
MATAKU melurus ke tengah-tengah padang. Memerhatikan sekumpulan pelajar sekolah yang sedang bermain hoki.. Sememangnya aku masih tertarik memerhatikan perlawanan hoki sementelah, aku pernah menjadi wakil sekolah peringkat daerah dalam permainan hoki. Setelah memasuki universiti, aku menjadi kurang aktif dalam sukan. Mungkin inilah penyebab kepada tubuhku yang sedikit gempal atau ‘buntal’ seperti yang dipanggil oleh pelajar-pelajar 5 Ground.
“Assalamualaikum cikgu.” Suatu suara menyapa dari arah belakang. Aku menoleh. Melihat seorang gadis manis bertocang dua sedang tercegat memandangku sambil tersenyum, cukup membuatkan aku tergaman. Mataku mengecil, cuba mengingati raut wajah gadis tersebut.
“Kamu ni dari kelas 5 Ground kan?” Aku bertanya separuh ragu-ragu.
Gadis itu mengangguk. “Nama saya Tasya. Saya duduk di tepi tingkap di belakang Koch.” Ujar gadis tersebut. Aku hanya mengangguk, meskipun aku tidak perasan wajahnya di kelas 5 Ground. Hairan juga kerana gadis itu menegurku. Bukankah mereka semua tergolong dalam pelajar-pelajar versi halimunan?
“Saya dah baca nota yang cikgu bagi kelmarin. Senang nak faham, tak meleret-leret. Kalau nak baca topik dalam buku teks, memang bosan.” Tasya memulakan bicara. Aku hanya tersenyum.
“Baguslah kalau kamu fikir macam tu. Saya fikir saya pun takkan lama mengajar di kelas kamu. Tentu bila-bila masa saya pun boleh dipecat dari kelas kamu.” Ujarku separuh berlucu, walaupun tanpa niat mahu menyalahkan Tasya. Gadis itu terdiam seketika.
“Bukan semua pelajar di dalam kelas tu berfikiran macam Jay, Koch dengan Nini tu, cikgu. Ada sebahagiannya mudah terikut-ikut. Maklumlah ayah Jay tu ahli perniagaan berpangkat Dato’. Ayah dan ibu Nini pula peguam. Keluarga Koch pula orang kuat PIBG kat sekolah ni. Ramai yang di dalam kelas tu cuma anak orang biasa sahaja termasuklah saya sendiri.” Ujar Tasya.
“Macamana mereka tu boleh sampai begitu berkuasa kat sekolah tu, sampai ke tahap boleh pilih-pilih cikgu ni Tasya?” Entah kenapa aku begitu berminat mahu mengorek cerita dari Tasya pula.
“Asalnya dari cadangan ayah Koch kat sekolah masa mesyuarat PIBG. Dia sibuk mengutuk cikgu-cikgu yang kononnya tak pandai mengajar anaknya. Padahal dia tak tahu pun yang Koch tu yang malas belajar, tak pernah serius semasa dalam kelas. Tapi setelah pihak sekolah tetapkan yang kelas kami boleh pilih mana-mana guru yang kami suka, hah beginilah jadinya. Cikgu yang bagus-bagus pun kena tukar semata-mata sebab kejadian remeh temeh. Mereka semua dah menyalahgunakan kuasa dalam kelas tu.” Cerita Tasya.
“Oh macam tu rupanya, baru saya faham. Terima kasih Tasya, saya tak sangka yang awak sanggup bercakap-cakap dengan saya hari ni.” Aku tersenyum ikhlas.
“Sebab saya sukakan cikgu. Saya rasa apa yang cikgu ajar mudah difahami. Lagipun kata-kata cikgu kelmarin tu betul. Kami tak sepatutnya cerewet fasal guru mana yang sepatutnya mengajar kami. Yang penting diri sendiri.” Ujar Tasya.
“Betul tu. Cikgu lega sebab kamu faham maksud cikgu.”
“Tapi cikgu kena hati-hati sikit. Saya rasa mereka sekarang sedang cari jalan bagaimana nak buat cikgu berhenti dari mengajar di kelas tu.” Tasya memberi amaran. Aku terdiam. Kalau berdasarkan apa yang aku ucapkan di hadapan pelajar-pelajar itu tempohari, maka tak mustahil nasibku juga akan menjadi seperti Cikgu Zuliana. Mungkin lebih singkat dari tempoh Cikgu Zuliana bertahan.
“Boleh saya tahu kenapa cikgu berhenti mengajar dulu?” Soal Tasya. Aku tergaman. Tidak menyangka soalan itu bakal diutarakan oleh Tasya. Nafasku dihela perlahan.
“Cikgu cuti sakit Tasya.” Jawabku antara dengar dengan tidak.
“Cuti sakit? Cikgu sakit apa?” Tasya tecengang. Hairan mendengar ungkapan kata-kataku.
“Tasya!” Laung suatu suara. Aku dan Tasya serentak berpaling. Wajah Tasya pucat lesi sebaik terpandang Nini, Koch dan Jay tercegat di satu sudut sambil memandang ke arah kami. Tasya segera bingkas bangun seraya memandangku. Wajahnya pucat lesi.
“Maaflah cikgu, saya kena pergi dulu.” Ujar Tasya bagaikan takut-takut. Aku hanya mengangguk. Mataku berpapasan dengan mata ketiga-tiga pelajar itu. Wajah Nini serius.. Jay seperti selalu, dingin. Hanya Koch sahaja yang tersenyum-senyum memandangku.
* * * *
SELEPAS sekolah, aku bercadang mahu singgah di kedai buku. Membeli beberapa buah bahan rujukan dan alat-alat tulis yang masih tidak kecukupan. Setelah memilih beberapa buah buku rujuan Sejarah keluaran Longman dan Sasbadi, aku beredar pula ke rak-rak majalah. Beberapa majalah bergenre wanita menarik perhatianku. Aku membelek-belek isinya meskipun jelas di atas rak tertulis perkataan ‘do not read’. Inilah manusia, membelinya malas tapi masih ada hati mahu membaca. Aku menggumam pada diri sendiri sambil ketawa kecil.
Dalam aku asyik leka menatap majalah, tiba-tiba bayang seseorang melintas di hadapan cermin kaca di hadapanku. Pembacaanku terhenti. Aku mengangkat wajah, lalu memandang menembusi ke luar jendela.
Bagaikan diganggu oleh satu tarikan, aku segera meletakkan majalah yang baru separuh dibaca lalu berlari ke luar kedai. Sesusuk tubuh yang masih memakai seragam sekolah melangkah pantas ke suatu arah. Koch? Hatiku berbisik. Hairan! Jam hampir pukul 3 petang. Bukankah anak muda itu sepatutnya ada kelas tambahan di sekolah?
* * * *
DARI jauh aku melihat kelibat Koch melangkah pantas ke arah deretan bangunan kosong. Melihat gerak geri Koch yang aku lihat terhendap-hendap bagaikan sedang menyorokkan sesuatu, membuatkan perasaanku tidak enak.
Tiba-tiba aku melihat Koch melambaikan tangannya. Mataku terperosok ke suatu arah. Seorang lelaki berjambang dan berpakaian selekeh sedang berjalan ke arah Koch. Aku melihat Koch berjabat tangan dengan lelaki itu. Tapi cara jabatan itu cukup aneh bagaikan sedang menyambut sesuatu. Melihat anak muda itu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar, darahku mula menyirap.
Sesuatu baru melintas di ruang fikiranku. Jangan-jangan…..Aku menarik nafas panjang berulangkali. Perasaan curiga dan bimbang saling berbaur. Ah! Anak muda itu bijak. Tak mungkin dia akan melakukannya, hati kecilku berbisik. Cuba menyedapkan diriku sendiri.
Setelah lelaki berjambang itu beredar, aku mengambil keputusan berkonfrontasi dengan Koch. Perlahan-lahan, anak muda itu aku dekati. Bunyi tapak kasutku berjaya menarik perhatian Koch. Wajahnya menampakkan rasa terkejut sebaik melihat aku berada di situ.
“Cikgu…” Koch tergaman. Dia berpaling ke belakang, seolah-olah bimbang lelaki yang ditemuinya sebentar tadi masih berada di situ.
“Awak buat apa kat sini Khairul? Bukankah awak sepatutnya ada kelas tambahan di sekolah?” Aku cuba menduga. Koch kelihatan resah mahu menjawab pertanyaanku.
“Saya ada hal.” Jawab anak muda itu tanpa rasa bersalah.
“Hal apa?”
Koch merenungku. “Cikgu tak perlu tahu.” Suara yang selalu disulami ketawa panjang di kelas, kini bertukar serius.
“Saya cikgu awak Koch. Saya berhak menyoal pelajar saya yang ponteng kelas tambahan dan menghabiskan masanya di luar sekolah.” Ujarku mempertahankan hakku sebagai seorang guru. “Bagi saya benda tu.” Aku menadah tangan.
Koch tercengang. “Cikgu cakap apa ni?”
“Saya tahu lelaki berjambang tu ada beri sesuatu pada awak. Bagi saya benda tu Koch.” Ujarku dengan suara tertahan.
“Saya tak tahu cikgu cakap apa sebenarnya ni. Sorry lah cikgu, saya dah nak balik ni.” Ujar Koch acuh tak acuh. Anak muda itu mengemaskan tali beg sandangnya lalu mula melangkah. Aku tanpa berfikir panjang segera menarik tali beg sandang Koch membuatkan anak muda itu hampir terhumban ke belakang.
“Awak ambil dadah ya Khairul?” Aku membuat tuduhan. Koch berpaling. Wajah anak muda itu terbeliak memandangku.
“Cikgu memang dah gila!” Herdik Koch. Ternyata Koch tidak gembira dengan kata-kataku.
“Saya memang gila kalau saya tak halang apa yang awak buat hari ni.” Aku membalas dengan wajah merah padam. Kesabaranku semakin menipis. Tanpa sebarang amaran, Koch tiba-tiba menolak tubuhku membuatkan aku terjatuh. Anak muda itu memandangku sebentar, sebelum berlari meninggalkan kawasan itu. Aku cuba bangkit, namun wajahku berkerut. Kesakitan di kakiku tiba-tiba mencengkam. Ternyata tolakan anak muda itu mengakibatkan buku laliku terkehel.
“Cikgu…” panggil suatu suara. Aku berpaling. Mencari-cari suara yang tiba-tiba muncul tak diundang. Melihat seorang budak lelaki berusia 14 tahun sedang tersenyum memandang ke arahku, cukup membuatkan aku terpanar.
“Saya tahu cikgu ikhlas.” Bisiknya. Aku terus kaku. Kelopak mataku terasa berat. Sebatang pensel tergolek di kakiku. Aku memandang pensel tersebut sebelum mengalihkan mataku ke arahnya. Dia terus tersenyum. Seperti selalu! Dan senyumannya aku balas dengan linangan airmata.
* * * *
SETELAH dua hari mengambil MC, aku kembali ke sekolah dengan kaki sedikit tempang. Meskipun telah disapu dengan ubat dan dibalut dengan plaster, namun kesakitan di kakiku tidak juga beransur baik. Beberapa pelajar yang melewatiku tersenyum-senyum memandang. Ada yang menegur dan menawarkan bantuan, manakala ada juga yang hanya memandang kosong. Aku hanya mampu tersenyum.
“Kau dah gila ke Koch?” Satu suara keras singgah di gegendang telingaku. Serta merta langkahku terhenti. Suara Jay! Hatiku berbisik.
“Kau nak masuk lokap ke? Itu yang kau nak?” Herdik suara itu.
Entah mengapa kata-kata Jay menarik minatku untuk terus mencuri dengar. Perlahan-lahan aku melangkah lebih rapat. Dari tempatku berdiri, aku melihat Jay sedang mencekak kolar baju Koch. Wajah anak muda itu menyinga, sedangkan wajah Koch seperti kebingungan.
“Aku dah tak ada pilihan lain.” Koch bersuara.
“Ada. Kau ada banyak pilihan. Mak ayah kau pun tahu itu semua.” Pintas Jay.
Koch memandang ke arah Jay dengan wajah merah padam. “Kau ingat mereka akan kisah dengan apa sahaja pilihan yang ada? Mereka tak pernah kisah langsung dengan aku dan abang aku, Jay. Mereka lebih takut malu kalau orang tahu fasal dia.” Ujar Koch dengan wajah muram. Jay terdiam sambil menghela nafas.
Aku tercegat di situ dengan wajah keliru. Mendengar semuanya tanpa memahami satu apa pun. Apa yang dibincangkan oleh dua pelajar itu sebenarnya? Tiba-tiba Jay berpaling lalu merenungku. Aku tergaman. Tak menyangka mata anak muda itu cekap mengintai kelibatku.
Jay tiba-tiba melangkah ke arahku. Mata anak muda itu menatapku dengan pandangan tajam “Kalau cikgu bijak, cikgu akan tutup mata dan telinga cikgu. Jangan campur urusan orang lain. Dan jangan sesekali report hal Koch pada orang lain.” Suara Jay tegas dan berbaur ancaman. Aku terkedu! Apabila Jay berlalu ke kelas, aku masih tercegat memerhatikan ke arah Koch yang kelihatan resah. Kenapa sebenarnya dengan anak muda itu?
* * * *
SELEPAS habis waktu sekolah, aku membelokkan keretaku ke satu arah. Destinasinya adalah sebuah kawasan perumahan dua tingkat di Taman Senduduk. Rumah Koch. Aku sengaja menyemak maklumat tentang Khairul Idwan Bin Mohd Akhtar. Entah kenapa, ada sesuatu pada anak muda itu yang menarik perhatianku. Ayah Koch merupakan seorang kontraktor kelas A manakala ibunya pula seorang surirumah biasa. Begitulah yang tertulis di dalam rekod maklumat pelajar.
“Saya Siti Aminah. Cikgu Sejarah Khairul.” Aku memperkenalkan diriku di hadapan ibu Koch. Puan Mila namanya.
“Dia ada buat salah apa-apa ke cikgu kat sekolah tu?” Tanya wanita itu dengan nada resah. Aku tidak terasa aneh dengan reaksinya. Bagiku ianya reaksi normal bagi seorang ibu jika dilawati seorang guru di rumah.
“Eh tak ada apa-apa puan. Saya sekadar datang nak melawat puan di rumah. Itu saja.” Ujarku sambil tersenyum. Wanita itu mempersilakan aku masuk, namun perasaan was-was masih terlakar di wajahnya.
Aku memerhatikan ke arah rumah dua tingkat itu yang dilengkapi perabot-perabot serba mahal dan mewah. Ternyata kehidupan keluarga Koch agak senang dan mewah dengan wang ringgit.
“Khairul masih di sekolah. Dia ada kelas tambahan.” Ujar Puan Mila secara tiba-tiba. Aku mengalihkan mataku ke arah wanita itu lalu tersenyum.
“Saya tahu puan. Dia ada kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah.” Aku mengiyakan. Puan Mila terdiam.
“Prestasi Koch bagus di sekolah. Dia salah seorang pelajar pintar. Tentu anak Puan bijak-bijak orangnya.” Aku memuji. Anehnya Puan Mila langsung tidak gembira mendengar pujianku. Sebaliknya wanita itu hanya tunduk diam.
“Saya dengar Koch ada seorang abang. Siapa namanya?” Pertanyaanku membuatkan wajah Puan Mila pucat lesi. Aku mengerutkan dahiku. Apakah soalanku terlalu sukar untuk dijawab sehingga sampai begitu sekali reaksi Puan Mila?
“Khairul Azlan.” Jawab Puan Mila, perlahan dan hampir tidak kedengaran.
“Dia masih belajar?”
Puan Mila menggelengkan kepala.
“Tentu Koch dengan abangnya rapat kan?” Aku memprovok. Namun Puan Mila langsung tidak menjawab.
Tiba-tiba, satu bunyi bising muncul dari tingkat atas. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an tergesa-gesa menuruni anak tangga dengan wajah cemas.
“Puan…Khairul mengamuk. Dia lempar makanan yang saya beri. Dia…dia ugut nak bunuh saya puan.” Ujar wanita itu dengan wajah takut-takut. Puan Mila terkejut besar lalu segera berlari ke tingkat atas. Bunyi riuh rendah terus kedengaran dari atas rumah. Aku turut tergaman. Tanpa berfikir panjang, aku mengekori Puan Mila ke atas.
Pintu yang sedikit renggang, aku jenguki. Melihat Puan Mila sedang menenangkan seorang lelaki muda yang berwajah cengkung, kurus melidi dan berwajah pucat di bilik tersebut, aku jadi terpegun Lebih mengejutkan lagi apabila mataku terpandang sebelah tangan lelaki muda itu terikat pada kepala katil.
Belum sempat aku bertanya apa-apa, tiba-tiba lenganku direntap agak kasar. Aku segera berpaling. Koch memandangku dengan wajah merah menyala. Entah sejak bila anak muda itu sudah pulang dari sekolah. Sangkaku dia akan berada di sekolah sehingga ke petang.
* * * *
“SEKARANG cikgu dah puas? Cikgu dah tengok sendiri apa yang jadi pada abang saya kan. Lelaki dalam bilik tu seorang penagih morfin. Seorang mayat hidup yang dulunya pintar dalam pelajaran, tapi kini dah macam orang tak berguna.” Tukas Koch dengan wajah berang.
“Jadi benda yang awak ambil dari lelaki berjambang tempohari untuk abang awak? Apa awak buat ni Khairul?” Aku terasa benar-benar kesal.
Koch memandangku dengan wajah sebak. “Saya tak boleh biarkan abang saya mati cikgu.” Anak muda itu mengetapkan bibirnya.
“Bukan ini jalannya Khairul. Awak memberinya dadah, seolah-olah awak mahu membunuhnya. Dia sepatutnya dihantar ke institusi pemulihan.” Ujarku.
“Apa bezanya cikgu? Abang saya memang sudah mati berkali-kali. Dan cikgu fikir ayah saya akan membenarkan abang saya dihantar ke sana? Dia terlalu malu untuk mengaku penagih dadah dalam bilik tu anak dia. Dia lebih rela tengok abang saya mati terikat macam tu dari bawa dia ke pusat pemulihan.” Pintas Koch dengan wajah membara. Aku terdiam. Sedih dengan apa yang menimpa keluarga Koch.
“Saya minta cikgu baliklah. Dan tolong jangan campur urusan keluarga saya. Hal keluarga saya tak ada kena mengena dengan cikgu.” Tegas Koch lalu membuka pintu untukku. Aku terkedu. Bibir di bahagian bawah aku ketap sekuat hati. Aku mengatur langkah lemah ke arah pintu keluar. Namun belum sempat pintu di hadapanku dikatup, aku menahan dengan tangan. Koch tergaman.
“Cikgu tahu awak tak suka cikgu campurtangan dalam hal awak Khairul. Tapi cikgu tak boleh tengok seorang pelajar pintar macam awak terjebak dalam situasi begini. Mungkin awak fikir tindakan awak ini akan menyelamatkan abang awak, tapi percayalah bukan ini caranya. Sampai bila awak nak bekalkan dia dengan dadah? Sampai bila awak sanggup membeli racun di lorong-lorong belakang itu untuk abang awak?”
Koch terdiam.
“Kalau awak benar-benar sayangkan abang awak, berusahalah supaya dia dihantar ke pusat pemulihan. Awak dah cukup besar untuk memahami semua akibat dari tindakan awak ni. Fikirlah Khairul.” Ujarku sebelum melangkah keluar dari rumah besar itu. Bunyi pintu dihempas agak kuat di belakangku membuatkan nafasku terasa berat. Kekecewaan benar-benar menyelubungi diriku saat itu.
* * * *
“KALAU kamu tak tahan, pulanglah Siti. Mak tak mahu kamu terlalu memaksa diri, jika kamu belum bersedia.” Suara ibuku beberapa malam yang lalu singgah di fikiran. Aku hanya tersenyum mendengar suara wanita itu dari corong telefon.
“Mak bimbangkan kamu Siti. Mak risau jika kamu salahkan diri kamu lagi jika apa-apa yang buruk berlaku.” Keluh wanita itu. Aku terkedu mendengar kata-kata ibuku. Kebimbangan yang menjalar di hati wanita itu, hanya aku anaknya seorang yang faham kenapa.
Tapi kali ini tak sama mak! Ia benar-benar tak sama! Aku menarik nafas panjang. Dua tahun aku lari dari kenyataan. Percayalah, ia langsung tidak menyelesaikan apa-apa. Sebaliknya ia hanya menambahkan rasa bersalahku.
Nini muncul di hadapan meja guru lalu mengunjukkan buku latihannya. Aku yang
leka termenung, terkejut dengan kehadirannya.
“Kenapa Nini?”
“Kenapa cikgu semak buku latihan saya menggunakan pensel?” Tanyanya sambil menjeling pensel yang terkepit di celah-celah jari jemariku? Aku memandang pensel di tanganku sesaat dua sebelum mengalihkan perhatianku padanya.
“Kenapa? Tak boleh?” Aku pula menyoalnya.
“Lain kali gunakan pen merah.” Dengus Nini lalu kembali ke mejanya. Aku terkedu. Mataku beralih dari kelibat Nini ke arah Koch. Anak muda itu tidak banyak bercakap seperti selalu. Aku hanya mampu mengeluh sebaik memikirkan perihal anak muda itu. Kepalaku benar-benar buntu.
Khabar dari PAR bahawa Pengetua mahu bertemuku cukup membuatkan aku tertanya-tanya. Tetapi antara andaian-andaian yang bermain di kepalaku, ada satu sahaja yang aku cukup yakin. Pasti kelas 5 Ground sudah sepakat mahu menendangku keluar!
Suara Pengetua keras dan tegas mengarahkan aku masuk ke dalam biliknya. Tanpa bertangguh, aku segera menolak daun pintu. Wajah pertama yang aku lihat ialah seorang lelaki berkumis tebal dan memakai cermin mata kecil. Dahiku berkerut. Wajah lelaki itu mirip dengan Koch.
“Cikgu Siti?” Panggil Pengetua. Aku mengalihkan wajahku ke arah Pengetua yang berwajah serius. “Ini Encik Akhtar, pengerusi PIBG kita merangkap ayah kepada salah seorang pelajar cikgu, Khairul Idwan.” Sambung Pengetua, memperkenalkanku dengan lelaki berwajah dingin itu dengan intro ringkas.
“Saya dapat laporan dari Encik Akhtar yang Cikgu Siti sering menganggu anaknya Khairul Idwan. Betulkah begitu?” Pengetua memandang wajahku. Aku tersentak.
“Saya menganggu Khairul? Dari segi apa?”
“Saya tak suka cikgu datang ke rumah saya dan menganggu Khairul. Kata Khairul, cikgu selalu mengekorinya ke mana-mana sahaja dia pergi.” Balas Encik Akhtar dengan suara meninggi. Namun aku langsung tidak rasa terjejas dengan nada suara lelaki itu.
“Saya mengekori Khairul? Apa Encik Akhtar fikir saya ini private detective sehingga nak mengekori anak Encik Akhtar tu ke mana-mana?” Aku tersengih. Sinis!
“Cikgu Siti…” Pengetua mula menjeling. Aku menarik nafas.
“Encik Akhtar, salahkah kalau saya datang ke rumah dan berkenalan dengan keluarga anak murid saya? Apa yang Encik Akhtar takutkan sehingga datang menyerang saya begini?” Aku melawan dengan berani.
“Tugas utama cikgu ialah mengajar, dan bukannya sebagai kaunselor. Kedatangan cikgu ke rumah saya hanya membuatkan isteri saya tidak tenang, dan anak saya pula tertekan. Dia dengar cikgu tuduh Khairul macam-macam. Cikgu kata anak saya ambil dadah, sedangkan Khairul anak saya adalah pelajar harapan sekolah. Harapan saya dan isteri saya.” Bidas Encik Akhtar.
“Saya tak tuduh Khairul ambil dadah Encik Akhtar. Saya hanya kata Khairul membeli dadah. Dan saya tak perlu jelaskan kenapa, kerana rasanya Encik Akhtar sendiri tahu apa sebabnya Khairul buat begini.” Aku membalas kata-kata lelaki itu.
Wajah Encik Akhtar merah padam. Pengetua pula hanya mampu berdiam diri. Lelaki itu memusingkan tubuhnya ke arah Pengetua.
“Cikgu, saya rasa saya dah tak boleh nak letakkan Khairul dalam sekolah ini lagi. Saya tak suka anak saya dituduh dengan bermacam-macam tuduhan yang tak berasas sama sekali. Samaada cikgu tukarkan Cikgu Siti ni, atau saya akan tukarkan Khairul ke sekolah lain.” Ancam Encik Akhtar.
Aku tercengang. Hampir tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Bukannya dia nak tanya fasal isu anaknya membeli dadah, sebaliknya lelaki itu terus membuat kesimpulan melulu dan menggunakan kuasanya sesuka hati.
“Kita boleh berbincang semula fasal hal ni Encik Akhtar. Sabar…saya rasa Cikgu Siti tak berniat nak menuduh anak Encik Akhtar.” Pujuk Pengetua. Wanita itu takut benar jika salah seorang pelajar premier di sekolah itu meninggalkan sekolah secara tiba-tiba.
“Cikgu Siti..keluar dulu..Tunggu saya panggil semula.” Arah Pengetua sambil menjeling ke arahku. Mahu tidak mahu, aku segera melangkah keluar dari bilik Pengetua dengan wajah lesu. Di luar, aku berpapasan dengan Nini yang tercegat di hadapan bilik Pengetua. Anak gadis itu tersenyum sinis memandang ke arahku. Entah sudah berapa lama gadis berbadan kecil itu memasang telinga di luar bilik agaknya!
“Bagusnya, tak lama lagi..cikgu tentu kena pecat dari sekolah ni.” kata-kata yang keras dan kejam itu menyentak emosiku. Nini berlenggang dengan senyuman ceria di hadapanku. Aku menelan air liur. Sabar Siti!
* * * *
HARI itu aku mengajar tidak sepenuh hati. Fikiranku membekam dengan peristiwa kedatangan ayah Koch di sekolah. Juga risau dengan keputusan Pengetua yang sehingga sekarang masih belum memanggilku. Namun aku tahu cepat atau lambat, aku akan disingkir keluar akhirnya. Bukankah ini permainan sekolah ini?
Mataku asyik mengerling ke arah Koch yang tidak banyak bercakap seperti beberapa hari yang lalu. Anak muda itu tunduk sahaja. Sesekali mata anak muda itu melontar pandangan ke luar tingkap kelasnya. Tasya yang duduk di belakang Koch juga mempunyai reaksi yang sama dengan Koch. Kedua-duanya asyik memandang ke arah padang sekolah. Aku perasan sejak dua tiga hari ini, Tasya tidak banyak bercakap denganku. Aku tidak mahu menyimpan curiga, namun aku pasti perubahan Tasya ada kena mengena dengan Nini.
Aku mengalihkan perhatianku pula ke arah Nini yang masih belum habis dengan senyuman sinisnya. Jay seperti biasa dengan wajah dingin yang tidak beremosi.
“Cikgu tak nak beritahu kami kenapa cikgu dah dua tahun berhenti mengajar?” Suara Nini singgah mengejutkanku. Seisi kelas memandang ke arahku termasuklah Koch dan Tasya. Aku terkedu. Kata-kata Nini seolah mengundang perangkap untukku.
“Saya cuti sakit, itu aje Nini.” Aku tersenyum. Perasaan gementar aku halau keluar.
“Ya memang cikgu sakit. Sakit sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri kan?” Ujar Nini. Jay yang tadinya tidak ambil peduli kini tertarik dengan kata-kata gadis itu. Begitu juga dengan semua pelajar-pelajar di kelas 5 Ground. Aku terdiam. Terkejut juga ya, kerana Nini seakan-akan tahu apa yang cuba aku sembunyikan selama ini. Dari mana gadis itu tahu?
“Dua tahun cikgu tidak boleh mengajar kerana terpaksa mengambil rawatan dengan pakar psikiatri. Saya pernah bertanya, apakah cikgu rasa cikgu layak mengajar kami dengan keadaan cikgu yang…” Nini membuat beberapa pusingan di kepalanya sambil ketawa kecil.
“Saya bukan gila Nini kalau itu yang awak maksudkan.” Ujarku perlahan. Hatiku tersentuh dengan gelagat Nini.
“Well kalau bukan gila, kenapa perlu bertemu pakar psikiatri sehingga dua tahun lamanya? Tentu cikgu benar-benar gila ketika itu.” Kata-kata Nini membuatkan kelopak mataku berair.
“Nini! Cukuplah!” Jay tiba-tiba menyergah gadis itu.
“Kenapa? Salah ke aku bertanya?” Balas Nini tidak mahu mengalah. Jay menjeling ke arah Nini dengan wajah yang sukar dimengertikan.
“Kalau cikgu tak gila, cikgu takkan masuk campur urusan Koch. Cikgu ingat kami semua tak tahu apa yang berlaku pada Koch? Cikgu ingat kami ni buta? Selama ini cikgu-cikgu lain tak ambil kisah fasal Koch, kenapa pula tiba-tiba cikgu yang sibuk?” Herdik Nini.
Aku terpegun. Suasana kelas yang tadinya senyap kini hinggar binggar. Aku dapat merasakan wajahku berbahang. Kesabaranku benar-benar teruji kali ini. Mataku singgah pada wajah Koch yang menatapku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Anehnya aku tidak tahu langsung apa yang bermain di kepala anak muda itu sebenarnya. Aku menggenggam erat pensel di tanganku. Belajar bersabar dengan kebiadapan pelajar-pelajarku, dengan mengingati apakah ertinya pensel ini padaku. Mengingati betapa aku mahu belajar menjadi guru yang baik untuk anak-anak didikku. Dan mengingati betapa teruknya aku suatu ketika dahulu.
“Saya memang ada mendapatkan rawatan psikiatri kalau itu yang kamu mahu tahu.” Aku bersuara akhirnya. Tenang. Pelajar-pelajar di kelasku terkejut mendengar pengakuanku. Mata Nini aku lihat mengecil. Hairan mendengar kata-kataku barangkali. Mungkin juga anak gadis itu tidak menyangka yang aku akan mengiyakan kenyataan itu
“Dua tahun lamanya saya tak berani nak berhadapan dengan kenyataan ini. Kenyataan bahawa saya telah menyebabkan anak murid saya meninggal dunia. Cikgu yang berdiri di hadapan awak ini memang seorang guru yang teruk. Yang tidak layak mengajar apa yang betul dan apa yang salah. Dulu saya tidak pernah mahu ambil tahu apa masalah pelajar saya. Bagi saya, tugas saya hanya perlu mengajar dan tidak perlu melibatkan emosi dengan pelajar.” Aku mengambil masa untuk menyambung kata-kata. Perasaan sebak datang bertandang tanpa disedari. Mataku menyorot ke arah Koch dan Tasya. Kedua-duanya sedang memerhatikan ke arahku.
“Ada seorang pelajar di kelas saya dulu. Dia mempunyai masalah pembelajaran yang cukup serius. Saya sangkakan pelajar ini malas dan tidak berusaha. Saya menyalahkannya seratus peratus. Malah saya selalu marah-marah dan menekannya di dalam kelas. Kadang kala saya memperlekehkannya di hadapan kawan-kawannya. Suatu hari saya menerima hadiah sebatang pensel dari pelajar ini. Keesokkan harinya saya menerimanya lagi, dan terus menerimanya sehingga beberapa hari berikutnya. Saya menganggap hadiah ini hanya satu penghinaan ke atas saya dari seorang pelajar yang malas dan tidak mahu berusaha belajar. Saya membuang pensel-pensel yang diberikannya di hadapan matanya. Kata saya, selagi dia tidak belajar dengan bagus, saya tidak mahu menerima pensel-pensel itu. Tapi dia terus memberi dan memberi, membuatkan saya merasa dia telah mencabar kesabaran saya. Kerana marah, saya denda dia berdiri di luar kelas selama dua jam dalam keadaan panas terik.”
“Keesokkan harinya, saya sudah tidak menerima pensel dari pelajar tersebut. Hari berikutnya juga begitu. Hati saya mula tertanya-tanya, apa yang membuatkannya berhenti. Dia juga tidak hadir ke sekolah. Sehinggalah beberapa hari kemudian, saya mendapat khabar bahawa pelajar itu dilanggar sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari kedai. Kata ibunya, dia telah membeli banyak pensel untuk dihadiahkan pada saya dengan menggunakan duit hasil keringatnya sendiri membantu ibunya di kebun. Kata ibunya lagi, dia memberi saya pensel selama ini, semata-mata kerana dia mahu saya tahu yang dia ingin belajar. Dia ingin menjadi pandai seperti yang saya inginkan. Tetapi dengan keadaannya yang mempunyai seorang ibu yang buta huruf, ayah yang sudah meninggal dunia serta IQ yang rendah, dia tidak mampu. Kerana tidak tahu bagaimana harus memberitahu perasaannya pada saya, maka dia menghadiahkan sebatang pensel setiap hari untuk saya. Pensel itu sebagai tanda dia mahu terus belajar dan belajar biarpun sukar. Hanya dengan sebatang pensel dia mengharapkan saya memahami keadaan dirinya. Tapi semuanya sudah terlewat bila saya sedar bahawa saya telah membunuh pelajar saya sendiri. Hanya jika saya kisah, hanya jika saya sudi mendengar masalahnya….walaupun sedikit, tentu pelajar saya itu takkan meninggal dunia. Kejadian ini menghantui saya berbulan-bulan lamanya. Saya rasa bersalah. Dan bila saya rasa saya tidak mampu lagi menahan semua ini, maka saya dapatkan bantuan untuk diri saya sendiri. Saya jumpa psikiatri lalu berhenti mengajar buat sementara”
Aku mengangkat pensel di hadapanku lalu merenung sayu ke arah pensel tersebut. “Pensel ini saya selalu bawa ke mana-mana sahaja saya pergi. Ianya untuk mengingatkan saya betapa teruknya diri saya yang dulu. Betapa kejinya saya sebagai seorang guru yang tidak pernah peduli pada masalah pelajar-pelajar saya.”
Aku memandang pelajar-pelajar 5 Ground yang hanya diam sedari tadi. Kusyuk mendengar ceritaku tentang sebatang pensel yang sangat bererti dalam hidupku kini. Nini aku lihat terdiam. Aku memandang ke arah Koch yang kelihatan sayu. Jay hanya tunduk memandang ke suatu arah. Manakala Tasya dan yang lain-lainnya aku lihat mengesat air jernih yang mula bertakung di birai mata masing-masing. Suasana kelas sunyi sepi bagaikan dilanda garuda.
Aku menarik nafas sebentar sebelum mengangkat buku-bukuku.“Maafkan saya, saya terlalu degil untuk bertahan di kelas awak semua sehingga ke hari ini Saya tahu, walau siapa sahaja mengajar kamu semua selepas ini, tentu berkali-kali ganda lebih baik dan lebih bagus dari saya.” Ujarku lalu melangkah keluar dari kelas 5 Ground dengan perasaan sebak.
* * * *
AKU termenung panjang di mejaku. Perasaan kecewa tumbuh sedikit, namun aku sedar aku telah mencuba sedaya upaya. Hanya nasib sahaja tidak menyebelahiku. Nora yang baru sahaja masuk ke bilik guru mengeluh panjang melihat raut wajahku yang muram. Wanita itu tidak kembali ke mejanya sebaliknya melangkah menuju ke arahku.
“Kau sepatutnya dah boleh expect benda ni dari awal kan. This in not the first time Siti.” Ujar Nora sambil menepuk bahuku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum hambar.
“Pengetua dah buat memo, saya takkan mengajar lagi 5 Ground mulai esok, kak. Lepas ni saya hanya kena tunggu surat bertukar sekolah agaknya.” Aku bergurau sambil ketawa kecil. Namun Nora langsung tidak tersenyum.
“Takkan secepat itu dia nak tukar kau kat sekolah lain. Biarlah Siti, kau tak mengajar 5 Ground tu lagi untung. Tak payah tiap-tiap bulan kena hadapi tekanan dari pihak atasan kalau keputusan ujian atau peperiksaan tak seperti dijangka.” Pujuk Nora. Aku hanya mengangguk. Senyuman lesu terus terukir sedangkan hati di dalam terasa membuak-buak ingin menangis.
Tiba-tiba mata Nora berkalih arah. Aku mengerutkan dahiku. Apa yang wanita itu pandang? Aku segera memusingkan tubuhku. Melihat Koch di tepi pintu bilik guru, aku tergaman seketika.
“Cikgu, boleh saya jumpa cikgu sekejap?” Pinta Koch. Aku tidak menjawab. Namun aku mengatur langkah ke arah Koch yang masih menanti. Anak muda itu kelihatan sukar mahu menyusun kata-kata.
“Saya…saya ada fikirkan kata-kata cikgu tempohari.” Ujar Koch. Aku mengerutkan dahinya. Apa maksudnya?
“Betul cakap cikgu. Saya dah cukup dewasa untuk membuat keputusan apa yang terbaik untuk abang saya sendiri. Saya akan pujuk ayah untuk setuju hantar abang saya ke pusat pemulihan tu. Saya mahu lihat dia sembuh. Saya mahu lihat dia menjadi manusia yang berguna untuk keluarga dan dirinya sendiri.” Ujar Koch tak disangka-sangka.
Aku tersenyum mendengar kata-kata Koch. Ada rasa bahagia menyelinap. Akhirnya anak muda itu mengerti jua apa maksudku tempohari.
“Terima kasih cikgu sebab menyedarkan saya yang sebetulnya saya masih ada pilihan lain untuk membetulkan keadaan. Saya hanya perlu berani mengatakan apa yang benar pada ayah saya.” Sambung Koch lagi.
“Cikgu akan sokong semua keputusan kamu Khairul.” Bisikku pula.
Koch tiba-tiba menghulurkan sesuatu padaku. Aku tergaman. Sebatang pensel di tangannya dihulurkan ke arahku membuatkan aku keliru.
“Pensel ini untuk cikgu. Menandakan yang saya ingin belajar menjadi insan yang baik. Belajar menjadi insan yang bertanggungjawab.” Ungkap Koch dengan suara sebak. Aku terkesima.
“Saya pun sama cikgu.” Tiba-tiba Tasya pula muncul sambil menghulurkan sebatang pensel yang sama. Aku semakin keliru dengan apa yang berlaku.
“Maafkan saya cikgu sebab tak pedulikan cikgu dalam beberapa hari ni. Saya takut dengan ugutan Nini untuk pulaukan saya kalau saya berbaik-baik dengan cikgu. Saya tak sepatutnya buat begitu pada cikgu.” Ucap Tasya sambil menangis. Aku memeluk anak gadis itu sekuat hati sambil ketawa kecil.
Tiba-tiba mataku terpaku pada susuk-susuk tubuh yang mula memenuhi ruang di bilik guru tersebut. Kesemuanya pelajar-pelajar 5 Ground. Masing-masing berwajah muram dan memegang sebatang pensel di tangan masing-masing. Jay dan Nini tiba-tiba muncul dari kelompok pelajar-pelajar tersebut.
“Kami semua datang nak minta maaf pada cikgu. Kami mengaku kami buat silap. Kami tak sepatutnya menilai seorang guru hanya dari luaran sahaja.” Ujar Jay lalu memberikanku sebatang pensel. Aku hampir tidak percaya. Anak muda yang berperawakan serius itu sudi meminta maaf?
“Cerita cikgu menyedarkan kami bahawa tak semua orang beruntung seperti kami. Kami ada peluang belajar yang lebih baik, ada kawan-kawan yang baik serta ada seorang guru yang baik. Tapi kami masih bersifat cerewet dan bodoh sombong. Maafkan saya cikgu. Saya buruk sangka pada cikgu sehingga menafikan yang sememangnya cikgu pandai mengajar matapelajaran Sejarah di kelas. Pensel ni adalah tanda maaf kami semua pada cikgu.” Wajah Nini penuh dengan penyesalan. Aku menyambut pensel yang dihulurkan oleh Nini serta menerima sebanyak 21 batang pensel yang lain dengan wajah terharu.
“Lepas ni kami nak cikgu kembali ke kelas kami. Terus mengajar kami sehingga kami selamat menduduki SPM nanti. Sekalipun cikgu marahkan kami, denda kami jika kami tak menyiapkan kerja sekolah atau cikgu tertidur sekalipun di dalam kelas, kami janji yang kami takkan sesekali merungut. Asalkan cikgu sudi kembali menjadi cikgu kami semula.” Ujar Jay disambut gelak ketawa rakan-rakannya. Aku turut ketawa. Terasa senang hati dengan ungkapan Jay itu. Mataku sempat mengerling ke arah Nora yang hampir ternganga dengan peristiwa yang tak disangka-sangka hari itu. Bibirku menguntum senyuman gembira. Tak menyangka hanya kerana ceritaku tentang sebatang pensel, mampu membuatkan pelajar-pelajar 5 Ground terharu dan sudi menerimaku sebagai guru mereka..
Aku merenung batang-batang pensel yang memenuhi genggamanku. Wajah si pemberi pertama dua tahun yang lalu bermain di ruang mata. Tersenyum memandang ke arahku. Aku turut tersenyum ke arahnya, bagaikan dia berada di hadapanku. Kilas bayangnya memang sentiasa di ingatanku. Terima kasih! Kerana kamu mengajar cikgu untuk mengerti dan memahami. Sebagai seorang guru, cikgu mula mengerti bahawa adakala seorang guru juga mampu belajar dari muridnya sendiri. Dan dari kamu, cikgu akan belajar menjadi seorang guru yang baik. Yang memahami hati anak-anak didiknya. Terima kasih untuk sebatang pensel yang kamu titipkan untuk cikgu! Terima kasih untuk segala-galanya!


Nota Kaki : Cerpen ini adalah hasil karya penulis dari Projek Teacher's Lore yang dikelolakan oleh JPNT Kuala Terengganu.

GOODBYE MY GIRL..

Dah lama kenal. Masuk hari ini sudah tiga bulan. Dan dalam tempoh itu, si gadis begitu lemah-lembut dan sedap mata memandang. Hampir setiap hari juga matanya hampir juling kerana asyik merenung gadis tersebut dari atas ke bawah. Di dalam hati…hui cair mak! Cunnya si gadis mengalahkan Maya Karin. Tingginya pula kalah Rita Rudaini. Namanya pun sedap. Mila Karmila....tetapi tidaklah gedik seperti Mila Vanilla di dalam Kasanova XXL. Hahahah semalam baru tengok, best jugak citer tu (promo free).Hampir setiap pagi, tengahari dan petang selepas habis waktu bekerja, mereka akan berdating di sebuah restoran tidak jauh dari pejabatnya. Biasanya dia akan menjemput Mila dengan kereta BMW sportnya yang berwarna merah hati itu. Everything about Mila is normal. At least..itulah yang difikirkannya pada awal-awal perkenalan mereka. Tetapi diam tak diam, ada sesuatu yang dimusykilkan tentang perempuan ni.
“Kenapa you tak makan?” Dia bertanya apabila dilihatnya Mila hanya memandangnya yang sedang melantak sepinggan mee bandung pekat.
“I tak lapar.” Jawab Mila.
Dia terkedu. Tak lapar? Dari pagi si gadis itu tidak makan, masuk tengahari juga sama dan begitu juga dengan petang. Setiap kali dia menyudu mee rebus, Mila hanya merenungnya. Setiap kali dia menyuap satu pan Pizza Hut saiz large, Mila juga hanya tersenyum memandangnya. Usahkan kata makanan, air juga tidak pernah setitik pun jatuh ke dalam anak tekak gadis itu.
Tiga bulan berkenalan, bermakna tiga bulan juga dia dapat menghafal rutin harian Mila. Mulanya dia malas bertanya..kerana jawapan yang diberi sama sahaja. I dah kenyang..I’m on diet…I dah makan tadi. Ceh! Tapi lama kelamaan, timbul rasa hairan dan rasa ingin tahu. Apakah aku berkenalan dengan manusia atau hantu? Manalah tahu Mila ni jenis vampire betina yang hanya sukakan darah manusia dan tak sukakan makanan. Perlu check ke? Tapi apa yang nak diperiksa? Taring dia? Mahu kena pelempang kalau dia meminta begitu. Takkan Mila ni jenis yang anoxeria, takut pada kegemukan.
Dia menilik Mila dari atas ke bawah. Bukan miang beb! Tapi hanya memeriksa, mencari perbezaan antara gadis itu dengan gadis-gadis lain. Nak kata badan Mila tembam, tak kut…langsing dan comel aje di matanya. Mila memang perfect…angan-angannya melangit. Dia si kasanova idaman malaya bertemankan si jelita bertubuh langsing dan berwajah rupawan. Huihh…tujuh petala langit juga akan mencemburi betapa idealnya dia dan Mila jika digandingkan bersama. Tapi apa sebabnya Mila tidak pernah makan ketika bersamanya? Gadis itu hanya selesa menemaninya makan biarpun tiap-tiap hari dalam tempoh tiga bulan ini.
“Betul you tak nak makan ni?” Dia bertanya Mila sekali lagi. Mila menggeleng.
“Sikit pun tak nak?” Dia memujuk.
Gadis itu menggeleng lagi. Dia hanya mampu menjongketkan kening. Tak nak sudahlah!
Bila dia menghantar Mila pulang, tiba-tiba kawannya Syah menelefon mengajaknya keluar lepak sambil minum-minum.Dia cepat sahaja bersetuju sementelah dah tiga bulan juga dia melupakan Syah yang pernah jadi teman sehati sejiwanya. Hehehe bukan gay tau..kawan jer…Satu jam kemudian, mereka sudah pun duduk dan memesan minuman. Teh tarik dan roti bakar dijadikan menu malam itu. Dia pula sudah tidak larat mahu menyental roti bakar itu. Dibiarkan sahaja Syah yang makan sambil membuka cerita.
“Hari tu aku makan kat sini, aku ada jumpa sorang awek membedal makanan punyalah banyak. Last-last aku ralit tengok dia sampai lupa janji aku dengan Tasya.” Ujar Syah merujuk kepada tunangnya Tasya.
“Banyak sangat ke dia makan?” Dia acuh tak acuh. Fikirannya terbuai dengan wajah Mila. Oh Mila sayang!
“Kalau penuh satu meja tu takpe lagi, tapi ini ya allah..kus semangat aku.” Syah menggelengkan kepala. Dia menoleh. Cerita Syah menarik minatnya. Tapi wajah Syah kelihatan kaget sebentar.
“Kenapa Syah?” Dia mulai hairan. Ni teman tak berkenan ni cerita main sekerat-sekerat!Tiba-tiba Syah menundukkan kepalanya seraya berbisik.
“Belakang kau!” Dia tergaman. Apa di belakangnya? Hantu? Jembalang tanah? Pak Lah? Kepalanya hendak ditoleh tapi Syah cepat-cepat melarang. Dia turut mengikut perilaku Syah menundukkan kepala tanpa faham apa ke jadahnya sebab Syah berbuat begini!
“Kau ingat tak perempuan yang aku cerita tadi?” Suara Syah bertukar nada. Berbisik!Dia menganggukkan kepala. So what?
“Ada kat belakang kau. Dia baru sampai dengan kawan dia.” Ujar Syah.Dia tersengih. Laa ingatkan apalah tadi. Buang masa betul!
“Yang kau pesan banyak sangat ni, habis ke makannya?” Suatu suara singgah di gegendang telinganya. Dia memandang Syah lalu tersenyum penuh makna. Tak salah kan mencuri dengar perbualan orang.
“Ahah.” Pendeknya ayat!
“Tadi kata keluar dengan boyfriend. Siang malam dengan boyfriend, takkan boyfriend kau tak belanja makan.” Sanggah gadis yang mula-mula bercakap. Dia terus memasang telinga. Mahu mendengar jawapan si gadis yang membelakangkannya.
“Memanglah, tapi aku tak boleh makan depan dia.” Suara yang satu lagi muncul dengan ayat yang lebih panjang.
“Kenapa? Takut dia terkejut tengok kau?” Suara gadis yang pertama ketawa kecil. Dia pula terpaku. Entah kenapa suara yang kedua itu seperti familiar je di telinganya. Macam pernah dengar! Kat mana ya?
“Kau pun ya Allah, makan tu biarlah beradab sikit. Ini tak…” Gadis pertama itu mengucap panjang.
“Perut aku..suka hati akulah…” Balas gadis kedua. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu. Dia lekas-lekas menoleh. Tindakan drastiknya menyebabkan gadis yang duduk berhadapan dengannya tercengang. Namun matanya lebih tertumpu pada gadis yang duduk membelakanginya.
“Kenapa?” Dia mendengar gadis itu menanya temannya yang kaku seperti patung. Apabila temannya meluruskan jari telunjuk, gadis kedua itu menoleh. Zupp….wajah itu pucat. Mulut itu ternganga. Wajahnya lebih pucat lagi.
Pang! Sekejap sahaja fragmen indah yang dilakarnya tadi musnah lagi. Kali ini bukan kerana gadis itu bergigi rongak dan bisu seperti gadis di bus stop. Gadis itu memang cukup sempurna. Perfect kata mat salleh..tapi yang tak sedapnya..bila dia melihat mulut gadis itu comot dengan kuah roti canai di sekeliling mulut dan hidungnya. Secebis roti canai masih terlekat pada celah-celah rambutnya yang panjang mengurai. Dan bila gadis itu mengangakan mulutnya, dia sempat mengintai cebisan roti canai di celah-celah gigi gadis idamannya.Patutkah gadis itu tidak mahu makan bila mereka keluar bersama. Rupa-rupanya gadis itu bimbang rahsianya yang makan ‘bersepah’ atau ‘buruk lantak’ bocor jua. Tapi kali ini gadis itu patut bimbang, sebab dia sudah bersedia mahu angkat kaki dari situ. Goodbye my girl! Sebelum ibunya pengsan melihat bakal menantunya melantak makanan begini, baik dia hurry up chow dulu-duluan….

BUS STOP

Mata melilau. Pandang jam tangan. Pandang lurus ke depan. Pandang cermin belakang. Pendek kata bebola matanya asyik bergerak 24 jam mengawasi persekitaran tempat menunggu bas itu. Dah lima hari berturut-turut. Kesabarannya masih belum menipis. Dia sememangnya lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kala sehingga tiga jam dia masih sanggup menanti setengah mati. Dan setiap kali keretanya akan diparkir di tepi gerai menjual ais cendol berhampiran bus stop itu. Hampir jenuh dia tolong mengira berapa pelanggan makcik penjual cendol itu.
Cukup pelanggan ke 39, barulah orang yang dinanti-nantikan muncul.Dia tersenyum sumbing. Tubuhnya yang lembik longlai yang tadinya bersandar pada kusyen kereta segera mengeras. Postur tubuhnya dibetulkan. Tegap dan gagah seperti lelaki gentleman.
Matanya mengintai cermin hadapan kereta. Sport check ringkas dilakukan. Gigi? Lulus. Rambut? Jari-jemarinya pantas meraup rambut dengan telapak tangan. Sisa-sisa Brylcream masih melekat di tapak tangannya. Pipinya dikembung kempiskan sebelum tersenyum lebar. Gossh..akulah lelaki terhensem di abad ini! Dengan pakej lengkap yang didatangkan khas dari Datuk Keramat : Tubuh yang tinggi persis model, mata yang memukau dan berwarna coklat jernih, bibir yang merah tanda tidak merokok serta senyuman menawan dihiasi lekuk di kedua belah pipi. Opps lupa, juga ada extra rumah dua tingkat di Garden Height, kereta sport berwarna merah hati serta kerjaya yang cukup bagus untuk menjadi suami mithali.Sudah bersedia?
Dia melangkah turun. Kakinya dihela ke arah perhentian bas yang hanya beberapa langkah sahaja dari muncung keretanya. Matanya ditatap tidak mahu lepas pada wajah gadis manis memakai baju kurung berbunga putih dan bertanah biru. Cantik sekali orangnya. Rambut panjang mengurai sehingga ke pinggang, kulit putih melepak dengan bibir dioles lipstick berwarna pink muda. Senyuman si gadis cukup menawan. Tinggi si gadis kemungkinan besar kurang sedikit dari tingginya sendiri. Tapi itu semua hanya luaran sahaja, fizikal pertama yang menarik matanya untuk terus mencari siapa si gadis manis tersebut.Di hatinya dia yakin, gadis yang suka tersenyum itu pasti akan sering tersenyum di hadapan keluarganya nanti. Wajah manis itu akan cepat disukai oleh ibunya yang cerewet dan ayahnya yang kaki perempuan. Tapi dia sudah berkira, ayahnya akan menjadi orang terakhir yang akan bertemu dengan gadis pujaan hatinya itu. Itupun dengan kehadiran ibunya sebagai pengawas. Dia segera mengucap bismillah di dalam hati. Harap-harap tegurannya menjadi. Punyalah banyak experience yang dia ada, kenapa pula yang ini dia terasa berdebar-debar? Ini mesti satu petanda. Satu isyarat bahawa hati si gadis itu mesti ditakluki. Yess! Chaiyok! Tunggu apa lagi?
Belum dua langkah dia berjalan, tetiba... bedebuk! Dia tergolek macam ayam golek di hadapan bus stop. Mamat India yang duduk di tepi bus stop sambil membaca akhbar entah sejak bila menjulurkan kakinya di situ. Dia mendongakkan wajah. Berpuluh pasang mata memandang ke arahnya. Hatinya membekam. Malu dan sebal! Dia menghalakan sportlightnya pada si gadis manis itu. Aiyak! Gadis itu tersenyum ke arahnya. Hatinya mula mencair. Tak sia-sia dihanduk lelaki India itu. Marahnya terus bertukar menjadi syukur pula.Dengan penuh keyakinan diri, dia mengatur langkah baru. Jeratnya pasti mengena kali ini. Seorang pakcik berkopiah bulat memintas di hadapannya.
“Nak..tumpang tanya. Bas yang kome duk tunggu-tunggu kat sini nak ke mana sebenarnya?” Dia mendengar pakcik berkopiah bulat itu bertanya.
“haaa uhuuuu haaaa hhehe kaakkkk uhuuuuu.”
Bedebuk! Sekali lagi dia jatuh terduduk. Kali ini jatuhnya lebih cepat dari tadi. Tapi bukan sebab lelaki India itu menjulurkan kakinya yang sebelah lagi, atau sebab kopiah bulat pakcik itu masih ada tanda harga yang lupa dibuang, atau makcik penjual cendol itu baru sahaja menggoreskan badan keretanya semasa hendak mengalihkan kereta tolaknya. Tapi dia jatuh kerana terkejut melihat si gadis itu. Padanlah asyik senyum memanjang sehingga ke perut. Rupa-rupanya si gadis manis bukan seperti yang diduga. Isyarat hatinya sengaja mahu mempersenda, bila si gadis yang disangka comel rupa-rupanya bergigi rongak dan bisu pula. Nasib..nasib..!

Friday, June 19, 2009

WELCOME

Blog ini adalah bertujuan untuk mengumpul hasil-hasil penulisan karya-karya penulis muda Sekolah Menengah SMKPM khususnya dalam usaha untuk memupuk idea kreatif dan kerjasama berkumpulan bagi kumpulan pengawas-pengawas Pusat Sumber SMKPM

Powered By Blogger