Menghimpun hasil-hasil penulisan karya penulis-penulis muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Thursday, February 11, 2010

Jemputan Ke Rumah Fantasi

Apa itu Rumah Fantasi?
Rumah Fantasi adalah sebuah blog yang menghimpunkan banyak karya-karya penulis yang menggemari genre-genre science fiction, fantasi, supernatural, seram dan sebagainya. Setakat ini penulis-penulis di Rumah Fantasi terdiri dari penulis-penulis muda berusia seawal 14 tahun sehinggalah kepada penulis-penulis lebih senior yang telah menghasilkan pelbagai novel sendiri di pasaran seperti Serunai Faqir, Rose Harissa, Remy Ikmal, Zuliana Abuas, Anita Aruszi dan penulis novel termuda Malaysia, Hasif Hamsyari. Mereka semua mencari kelainan dalam penulisan dengan menghasilkan kisah-kisah yang berbeza antara satu sama lain.
Jika ada di kalangan anda yang berminat untuk menghasilkan karya-karya bergenre seperti di atas, anda dijemput untuk menyertai blog Rumah Fantasi secara ekslusif.Untuk maklumat lanjut sila melawat ke Rumah Fantasi di http://ilhamdanfantasi.blogspot.com/.
dari Cikgu Mazni...

1 comments:

Hasif Hamsyari said...

Terima kasih...

Powered By Blogger