Menghimpun hasil-hasil penulisan karya penulis-penulis muda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya................................

Selamat hari raya

Raya datang lagi. Mungkin hari raya merupakan hari untuk bersukaria dan hari yang paling mengembirakan kerana pada hari raya semua ahli keluaga dapat berkumpul. Tetapi bagiku pada hari yang mulia ini hanya kesedihan yang melewati di lubuk hatiku. Kesedihanku makin memuncak bila aku melihat orang lain dapat beraya dengan ayah dan ibu. Aku hanya dapat beraya dengan ibuku kerana bapaku telah meninggalkan aku untuk selamanya. Selepas solat raya kami sekeluarga akan menziarahi kubur bapaku yang dikasihi. Walaupun sedih menguasai diri aku redha dengan ketentuan illahi. Aku bersyukur kerana aku masih ada ibu untuk meraikan hari raya bersama. Aku tidak pernah ingat suasana beraya dengan bapa kerana bapaku meninggalkan aku kepada ibuku pada usiaku yang masih kecil. Aku masih belum mengerti apa itu raya. Hanya rakan-rakan yang dapat membuatkan aku lupa seketika kepada kesedihan yang ku rasai. Terima kasih kerana sanggup menjadi sahabatku……..





Salam Aidilfitri diucapkan pada semua……………..
Ampung dan maaf andainya terkasar bahasa,
Tersilap bicara, termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala.
Tersasul yang tidak sengaja,
Terpukul kat mana-mana,
Terpekit di telinga,
Terhantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Termoody tak semena-mena,
Terumpay bila-bila,
Termacam-macam lagi yang kena mengena……………

Semoga dimaafkan sepanjang perkenalan……………

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya buat Syafiq juga.. Semoga tabah dengan ujian Allah.. Kerana ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku.. Good Luck for SPM 2009

Keluduk said...

Anggaplah apa yang berlaku itu mempunyai seribu hikmah yang tersembunyi. Selamat Hari Raya Aidilfitri syafiq juga..

Mazni Aznita said...

Selamat Hari Raya juga buat syafiq...semoga nanti akan terus menjadi anak yang taat dan berbakti pada ibu..cikgu doakan yang terbaik untuk syafiq spm nanti...

Powered By Blogger